Mobile Fiesta Pesta Wakeup
Program ini merupakan aktiviti mingguan dari pihak REC Development Sdn. Bhd. yang diadakan pada setiap hujung minggu di Tapak Pesta Kampung Kenangan Dato' Onn, Batu Pahat. Aktitviti bermula dari jam 8 malam hingga 1 pagi.
Di bawah beberapa contoh aktiviti kami di tapak pesta tersebut.
Di bawah beberapa contoh aktiviti kami di tapak pesta tersebut.
Karnival di UiTM Puncak Alam
Kami juga turut ada terlibat melakukan program di UiTM Kampus Puncak Alam bergabung dengan para pelajar dari jurusan Pengurusan Perniagaan Keusahawanan. Penglibatan kami di dalam program dapat serba sedikit membantu kepada para pelajar UiTM mengenai selok belok tentang perniagaan terutama kepada pelajar jurusan keusahawanan ini. Turut turun padang untuk perasmian yang dilakukan oleh Koordinator Program Jurusan Keusahwanan itu sendiri.
Usahawan-Usahwan Foodtruck
Mobile Fiesta Batu Pahat
Setiap hujung bulan di hari Jumaat satu aktiviti usahawan dijayakan yang dipanggil Mobile Fiesta Batu Pahat. Bertempat di Padang Kawad Palapes UTHM, Batu Pahat. Banyak aktiviti menarik dilakukan untuk satu hari tersebut antaranya ialah Program Car Booth Sales serta Usahawan Komuniti Foodtruck Seluruh Malaysia akan berada di karnival tersebut. Orang ramai yang berminat boleh kunjungi program tersebut di tarikh yang telah ditetapkan.
Foodtruck di UPSI